Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman

KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah

Oleh Syuhada Choo Abdullah

KUALA LUMPUR: Semakan audit terhadap Laporan Mengenai Kajian Penilaian Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mendapati penguasaan bahasa Inggeris majoriti guru Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah masih rendah.
Kajian itu yang dibuat tahun lalu oleh Kementerian Pelajaran bertujuan mengumpul maklumat mengenai status kesediaan guru [...]

Hukuman langgar peraturan sekolah ikut tahap kesalahan

BERAT atau ringan hukuman dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah bergantung kepada beberapa pertimbangan dan tahap kesalahan.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pertimbangan itu merangkumi keseriusan dan kekerapan kesalahan dilakukan serta perwatakan dan latar belakang pelajar.

Beliau berkata, tindakan buang sekolah, gantung sekolah dan rotan dikategorikan sebagai hukuman berat, [...]

Salah laku pelajar

Oleh: Rosniza Mohd Taha

Kementerian anggap ponteng masalah disiplin paling serius
PONTENG sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya.
Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, [...]

Sekolah bukan faktor utama capai kejayaan

MENGHARUNGI kehidupan di asrama bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah pelajar terutama mereka yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
Disiplin dan peraturan ketat menyebabkan sesetengahnya mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mengikuti pelajaran di sekolah harian biasa.
Bagi ibu bapa pula, mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing, baik dari segi kemudahan pembelajaran [...]

Sistem belajar SBP lebih teratur, terancang

KEHIDUPAN di asrama memang menyeronokkan kerana selain mendapat ramai kawan, ia tidak membosankan dan dipenuhi pelbagai kegiatan yang diaturkan pihak pengurusan serta sekolah.
Rutin harian pelajar selalunya bermula seawal 5.30 pagi hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai kegiatan bermatlamat memantapkan proses pembelajaran dan sahsiah diri seseorang pelajar.
Sedikit mungkin berbeza dengan asrama penuh yang menyediakan [...]

Asrama rumah kedua

Oleh kayrina@bharian.com.my

Latih pelajar berdisiplin, berdikari
KISAH kejayaan dan kecemerlangan pelajar khususnya dari sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sering mengisi dada akhbar.
Siapa tidak cemburu melihat kejayaan itu, sekali gus sukar mengikis tanggapan masyarakat terhadap institusi cemerlang itu yang sememangnya sinonim dengan kehidupan asrama berbanding pelajar sekolah harian [...]