Pusat Sumber Elektronik (PSE)

Koleksi PSS bukan hanya terhad kepada bahan cetak,audio dan video sahaja, tetapi dalam bentuk cakera liut dan cakera padat. Dengan perkembangan teknologi terkini di Pusat Sumber, membolehkan penggunannya mendapatkan maklumat yang luas dari seluruh dunia melalui jaring dan internet.

Apabila Pusat Sumber dapat menyediakan bahan dalam bentuk teks dan elektronik serta dalam masa yang sama menyediakan kemudahan bagi mencapai maklumat dari luar ruangnya melalui jaringan telekomunikasi komputer, maka Pusat Sumber itu dapat dikenali sebagai Pusat Sumber Elektronik ( Saidina Omar, 1996).  Biasanya ciri-ciri penting PSE ialah penggunaan meluas akan alat elektronik di dalam penyimpanan, pencarian kembali dan penyebaran maklumat. Manakala Dowlin (Kenneth Dowlin,1984) menghuraikan ciri-ciri Pusat Sumber Elektronik seperti berikut:

  • Menguruskan bahan-bahan dengan menggunakan komputer;
  • Berupaya menemukan pencari maklumat dengan maklumat itu sendiri secara elektronik, dan
  • Keupayaan untuk menyimpan,mengurus dan menyebarkan maklumat kepada pengguna secara elektronik.

Ciri-ciri tersebut jelas membayangkan bahawa PSE itu, adalah merupakan satu organisasi maklumat yang menggabungkan penggunaan alat-alat elektronik di dalam perkhidmatannya. Kejelasan ciri-ciri Pse dapat terangkum dalam definisi “Perpustakaan digital” yang diberikan oleh Henry M.Gladney (1994) sebagai:

A Digital Library is an assemblage of digital computing, storage and comminications machinery together with the content and software needed to reproduce, emulate and extend the services provided by conventional libraries based on paper and ather material means of collecting, cataloging, finding, and disseminating information. A full services digital library must accomplish all essential services of tradisional libraries and also exploit the well-known advantages of digital storage, searching and communication”.


About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: