Fungsi PSS

  • Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi daripada berbagai jenis dan bentuk yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran,sama ada didapati secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu.
  • Menghasil atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri sama ada secara individu atau kumpulan daripada bahan-bahan yang dibeli atau barangan terpakai.
  • Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik.
  • Mengedar atau menyebarkan maklumat mengenai bahan yang terdapat di PSS supaya dapat digunakan secara maksimum oleh semua pelajar dan guru.
  • Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan.