Berita


Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman

KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

Baca selanjutnya…

Penguasaan BI guru Sains, Matematik masih rendah

KUALA LUMPUR: Semakan audit terhadap Laporan Mengenai Kajian Penilaian Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mendapati penguasaan bahasa Inggeris majoriti guru Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah masih rendah.

Baca selanjutnya…

Hukuman langgar peraturan sekolah ikut tahap kesalahan

BERAT atau ringan hukuman dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah bergantung kepada beberapa pertimbangan dan tahap kesalahan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pertimbangan itu merangkumi keseriusan dan kekerapan kesalahan dilakukan serta perwatakan dan latar belakang pelajar.

Baca selanjutnya..

Salah laku pelajar

Kementerian anggap ponteng masalah disiplin paling serius

PONTENG sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya.

Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Baca selanjutnya..

Asrama rumah kedua

Oleh kayrina@bharian.com.my

Latih pelajar berdisiplin, berdikari

KISAH kejayaan dan kecemerlangan pelajar khususnya dari sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sering mengisi dada akhbar.

Siapa tidak cemburu melihat kejayaan itu, sekali gus sukar mengikis tanggapan masyarakat terhadap institusi cemerlang itu yang sememangnya sinonim dengan kehidupan asrama berbanding pelajar sekolah harian yang majoritinya selesa tinggal di rumah.

Baca selanjutnya..

Sekolah bukan faktor utama capai kejayaan

MENGHARUNGI kehidupan di asrama bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah pelajar terutama mereka yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga.

Disiplin dan peraturan ketat menyebabkan sesetengahnya mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mengikuti pelajaran di sekolah harian biasa.

Bagi ibu bapa pula, mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing, baik dari segi kemudahan pembelajaran mahupun sekolah.

Baca selanjutnya..

Satu Respons

  1. sy ingin mempelaw sekolah2 unuk membuat t-shit sekolah @sukan atau ape2 saja dengan harga murah 0173329086

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

Please log in to WordPress.com to post a comment to your blog.

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.